Jumaat, 30 Julai 2010

MAKLUMAN


Yusuf Ahmad meninggal dunia pada 30hb Julai 2010
Jam : 9.30 pagi
Di tempat : PT 5692 Taman Mutiara 2,Jln Melati
Kg Sura Tengah 23000 Dungu Trg.
Diurus oleh : Badan Khairat Kematian Kg Sura
Disembahyangkan : Masjid Lama Kg Sura Lepas solat Zohur.
Ayanda ahli Badan :188
Untuk makluman semua ahli Badan
Yusuf Ahmad diuruskan oleh pengurusan Badan Khairat Kematian Kg Sura ,tetapi urusan tersebut bukan sebagai ahli tanggungan Badan kerana beliau belum lagi diluluskan dibawah tanggungan ahli Badan.
Berbeza tambahan ahli tanggungan yang melibatkan setiap kelahiran baru ahli Badan.
Setiap kelahiran baru diputuskan menjadi ahli tanggungan terus ,cuma borang tambahan ahli mesti dihantar bila-bila masa kepada setiausaha untuk disimpan kedalam data komputer Badan.
walau bagaimana pun, jika kematian yang melibatkan penduduk Kampung Sura yang meminta supaya pengurusan dibuat oleh Badan Khairat,pihak Badan memberikan pengurusan yang
sama diberikan kepada ahli Badan,cuma bezanya ialah semua bayaran pengurusan ditangung oleh Badan Khairat dan sekiranya bukan ahli Badan Khairat ,semua bayaran pengurusan dibayar oleh keluarga simati.

Isnin, 26 Julai 2010

SAMBUTAN NISFU SYAABAN

Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan sambutan Nisfu Syaaban yang akan diadakan pada malam ini selepas sembahyang maghrib.
Atucara dimulakan dengan bacaan surah Yassin beramai-ramai dan seterusnya dengan bacaan doa menolak angin ahmar.
Program akan disempurnakan oleh Ust.Hj Md Harun bin Daud iaitu ketua Imam Masjid Lama Sura.
Jangan lupa bawa bersama air untuk mengambil keberkatan.

Ahad, 25 Julai 2010


Arwah Wan Zainab bt Abas , 78 tahun adalah ibu kepada ahli Badan Khairat kematian Kg Sura.
Beliau adalah ibu kepada Agus bin Hamzah. No ahli:152
Lahir pada 06/09/1932 ,Meninggal pada tanggal 17/07/2010, Jam 7.15 pagi di rumah beliau di alamat 39 Jalan Besar ,Dungun (Tanah Lot)
Dikembumikan di perkuburan Syed Yahya
Disembahyang dan ditalqimkan oleh Y.B Ust Hj Wan Hassan bin Md Ramli.
AL-FATIHAH ...

Selasa, 13 Julai 2010

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.