MUKADIMAH

Assalamualaikum wbt.

Didalam dunia penuh persaingan kini,manusia saling berlumba-lumba mencari habuan dunia demi mengejar kehidupan yang diistilahkan mereka sebagai "KEHIDUPAN MEWAH DAN SENANG "
Pelbagai peluang dan ruang dijenguk dan dicuba.Ada yang berjaya mengecap kejayaan dan lebih ramai pula yang terkandas.yang berjaya merasa puas dan bangga dengan apa yang dikecapi,habuan kenikmatan dunia milik mereka kini." Ini hasil usaha aku selama ini" keluh megah mereka.Yang gagal,atas sebab-sebab biasa akan terus mencari,mencari,menjenguk dan terus mencari dan menjenguk...dimanakah lagi untuk mereka mencari"kebebasan"

Namun dalam perlumbaan itu sering mereka terlupa akan wadah yang dibawa,lupa akan tingkah laku mereka dan lebih malang lagi,mereka lupa matlamat sebenar akan kehidupan

Apabila saat kematian menjemput,barulah kita sedar bahawa apa yang kita kejar untuk duniawi selama ini adalah sia-sia belaka.

Dengan iti,marilah kita semua kembali menghayati erti kehidupan sebenar dan ambilah peluang sementara umur yang Allah anugerahkan kepada kita masih lagi ada dan BADAN KHAIRAT KEMATIAN KG SURA mengambil tanggungjawab untuk memudahkan urusan kematian dan juga meringankan beban setiap ahli Badan yang meninggal dunia.


Wassalan.