Rabu, 23 Jun 2010

KEMATIAN

Kematian bukan ahli badan.

Tarikh :23.06.2010
Jam : 10 malam
Tempat: Jalan Melati Kg Sura Tengah.

Nama:Mariam bt Abdullah
Nama Ibu simati: Embong
Umur:77 tahun
Sebab-sebab meninggal: Sakit tua
Anak:7 orang
Menantu:5orang
Urusan jenazah : 12.00 tengahari
Sembahyang jenazah: DiMasjid Lama Sura
Waktu: Selepas zohor
Pada:24.06.2010
Dikuburkan : Perkuburan Sura Tengah.

Semua diminta menghadiahkan Al-Fatihah kepada arwah.

Khamis, 17 Jun 2010



Pada 17hb.Jun.2010
Jam : 4.00 Petang
Di:Kampung Sura Tengah


Seorang warga emas telah meninggal dunia yang berusia 90 tahun .
Arwah adalah balu kepada salah seorang dari pembukaan Kg Sura dan orang yang dikenali ramai iaitu Hj Ismail ( Tokki Hj Wel Tok bomoh ).
Selamat dikembumikan diperkuburan Kg Sura Tengah pada pukul 10.00 malam
dan di imamkan oleh anak arwah sendiri.
Sementara Talkim disempurnakan oleh Ust Md.Harun Daud ( Imam besar Masjid Lama Sura)
Di minta semua muslimin dan muslimat menghadiahkan AL-FATIHAH kepada arwah .

Isnin, 14 Jun 2010



KOTA BHARU, 13 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang optimis PAS dan Pakatan Rakyat mampu menawan Putrajaya suatu hari nanti.

Beliau sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS ke-56 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) hari ini berkata, tidak mustahil suatu hari nanti Pakatan Rakyat berjaya mentadbir negara melihat kepada sokongan yang biberikan oleh rakyat termasuk orang bukan Islam terhadap PR.

"Ke Putrajaya insya Allah, kita membawa kemenangan. Orang kata kita bermimpi, tapi kta bermimpi yang soleh," katanya disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Beliau juga berkata, sekiranya syariat Islam benar-benar diamalkan di negara ini, segala permasalahan sosial yang melanda negara dapat diselesaikan.

"Jika benar-benar kita mengamalkan syariat Allah, insya Allah segala permasalan sosial dan moral dapat diseesaikan," katanya.

Beliau berkata, PAS berada dalam bahtera yang selamat bersama rakan-rakan Pakatan yang lain.

"Yakinlah, kita sekarang ini berada dalam bahtera yang selamat. Teruslah bersama Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji mutu perbahasan seluruh perwakilan yang disifatkan sebagai matang dan menepati isu.

"Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh perwakilan yang menyampaikan perbahasan yang mutunya semakin meningkat," katanya


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu menjadi pemimpin nombor satu dalam Pakatan Rakyat jika mereka berjaya menawan Putrajaya.

Sebaliknya menteri besar Kelantan itu berkata orang yang paling layak meneraju pakatan ialah penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Saya tak mahu jadi orang nombor satu, walaupun ada orang yang mencadangkan saya begitu. Dari dulu lagi saya sentiasa menyebut orang paling layak ialah Anwar sebab dialah orang yang telah lalui tahap peperiksaan (ujian) fizikal dan mental.

"Kalau orang lantik saya, saya akan beri pada dia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Persatuan Biologi Gunaan Malaysia Ke-11, di Kota Bharu hari ini.

Beliau berkata Anwar juga lulus dari segi moral.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas saranan seorang perwakilan pada muktamar ke-56 PAS yang berakhir semalam agar menteri besar Kelantan itu dilantik peneraju pakatan pembangkang berasaskan kewibawaan dan kejayaannya memimpin Kelantan selama 20 tahun.

Dalam saranannya, perwakilan dari Perlis Wan Khairizal Wan Hazim berkata gaya kepimpinan Nik Abdul Aziz juga diterima semua pihak dalam komponen pakatan pembangkang itu.

Mengulas mengenai pandangan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS Islam yang menyamakan beliau dengan pemimpin ulung India Mahatma Gandhi, Nik Abdul Aziz berkata: "Tidak mengapa, saya terima dari segi sifat orang melihat saya."

- Bernama




Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri (kanan) meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang tadi.
Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini, baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke-56 di sana, lapor Harakahdaily.

Media online PAS itu memetik Puan Naznah Taha, isteri Subky Latiff, sebagai berkata Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang.

Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2 petang.

Menurut Harakahdaily lagi, Sebelum menjadi timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi naib presiden dan juga setiausaha agung PAS. Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahdi Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan.

Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 8.30 pagi esok di Surau Taman Melewar, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh 2.



Kos pembinaan Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur, telah meningkat dua kai ganda dalam tempoh empat tahun, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.


Semasa sesi soal-jawab pagi ini, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata istana tersebut dianggar menelan belanja RM400 juta pada tahun 2006 tetapi kini kosnya meningkat kepada RM811 juta.

Kontrak pembinaan Istana Negara yang baru itu diberikan kepada tiga syarikat melalui perundingan langsung, dan bukan melalui tender terbuka, kata Yong.

Katanya, kontrak tersebut diberikan melalui cara tersebut kerana Istana Negara adalah "unik" dan memerlukan pertimbangan keselamatan tambahan.

Kenyataannya itu mengundang reaksi daripada Nga Kor Ming (DAP-Taiping) - yang mengajukan soalan tersebut - dengan menyatakan bahawa perundingan langsung itu bertentangan dengan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di bawah Model Ekonomi Baru (MEB).