Assalamualaikum,
Salam sejahtera kepada semua ahli badan khairat kg Sura.
Sebagai setiausaha badan yang diamanahkan kepada saya,saya bersyukur kerana sehingga kesaat ini saya masih diberi kekuatan oleh Allah swt untuk meneruskan kerja-kerja amal kebajikan didalam Badan khairat ini.
Apa yang ingin saya nyatakan disini dapat kita sama-sama kongsi semoga kerja-kerja kebajikan diredhai oleh Allah swt.
Sedia maklum apabila berlakunya satu kematian didalam kariah Sura,Badan khairat akan mengambil peranan sebagai badan pengurusan jenazah.
Dalam organisasi badan itu sendiri sudah melantik ajk kecil yang diberi tugas masing-masing seperti urusan report kematian,urusan mandi ,mengali kubur,sembahyang,talqim dan sebagainya bagi mempercepatkan urusan jenazah .
Untuk makluman ahli badan semua , urusan-urusan ini bukannya terletak diatas tanggungjawab ajk badan ,kerana kita mahu semua ahli badan mesti mengambil peranan dan sama-sama memberi kerjasama dan membantu apabila berlakunya kematian.
Apabila selesai urusan kematian,pihak Badan akan mengeluarkan resit derma kematian untuk dikutip daripada ahli-ahli Badan semua,setiap ahli Badan diwajibkan membayar derma kematian sebanyak Rm 6.00 untuk satu kematian . kutipan akan dijalankan melalui 3 ajk yang telah dilantik dan diputuskan dalam mesyuarat Badan.
Ahli-ahli Badan hendaklah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pengutip tersebut dan ahli-ahli juga hendaklah sentiasa berhubung dengan pengutip tersebut untuk mengetahui perkembangan kematian dan berapa tunggakan yang masih belum dijelaskan kerana Badan khairat kg Sura didaftarkan dibawah akta pertubuhan dan mempunyai akta-akta dan pasal-pasal yang telah ditetapkan oleh pendaftar pertubuhan malaysia.
Pihak Badan tidak teragak-agak megambil tindakan mengikut akta dan pasal yang telah ditetapkan kepada ahli-ahli yang melanggar peraturan Badan seperti diatas.
Terdapat dalam satu kes ,yang mana ada satu kematian telah berlaku kepada ahli Badan dan pihak keluarga datang kepada pihak Badan untuk diuruskan jenazah tersebut tetapi apabila pihak Badan memberitahu kepada keluarga bahawa ahli tersebut telah tertunggak derma kematian yang menyebabkan hilang kelayakan pengurusan jenazah tersebut, walaubagaimana pun Pihak Badan menguruskan jenazah tersebut tetapi pihak keluarga terpaksa membayar urusan tersebut mengikut bayaran bukan ahli.sedangkan jika tunggakkan derma tidak ada ,bayaran pengurusan jenazah ditanggung semua oleh Badan khairat yang hampir Rm1000.00 untuk setiap urusan jenazah.
Perkara seperti begini tidak harus belaku kerana setiap ahli Badan,bukan kata harus tapi wajib mengambil perhatian .
Badan khairat akan sentiasa hidup jika ahli-ahlinya berkerjasama dan semua kerja-kerja yang dilakukan adalah kebajikan semata-mata,tiada imbuhan tetapi kebajikan .
Dan saya sebagai setiausaha mengharapkan semua ahli-ahli Badan memberi kerjasama kepada Badan khairat kg Sura ini dan jika ada apa-apa masalah sila hubungi pengerusi atau mana -mana ajk yang sentiasa dapat membantu ahli-ahli Badan semua.
Wassalam,
Setiausaha Badan Khairat kg Sura
KhairulAnoar Abas
0179866344.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan