Rabu, 9 Jun 2010

Rentetan perjalanan Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-50
Khamis, 10 Jun 2010 09:41 Ditulis oleh Jabatan IT Muslimat PAS Pusat
Rentetan perjalan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-50 (terkini)

Sila refresh, maklumat terkini perjalanan pembuangan undi akan dipaparkan dari masa ke semasa

1.15 tengahari : Bentara masih dalam sesi pengiraan.

1.00 tengahari : Perkiraan cadangan usul 1 berkenaan mewujudkan jawatan Naib Presiden IV diluluskan dengan pindaan diterima atau tidak.

12.45 tengahari : Cadangan usul diterima dengan pindaan telah dibuat oleh Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah DMPP, Aiman Athirah Al-Jundi bagi menyelesaikan usul yang dibincangkan.

12.30 tengahari : Perbahasan usul mewujudkan jawatan Naib Presiden IV di peringkat PAS Pusat dan jawatan Timbalan Pesuruhjaya IV di peringkat Perhubungan PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan masih hangat dibahaskan.

Usul tersebut telah diutarakan Dewan Muslimat Kawasan Kubang Kerian.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad turut bersama diminta memberi cadangan dan penyelesaian terhadap usul tersebut.

12.16 tengahari : Perbahasan usul bermula. 6 usul dibahaskan hari ini.

11.20 pagi : Setiausaha DMPP, Puan Kartini Ahmad membentangkan peringatan pengesahan laporan Dewan Muslimat. Sokongan pengesahan dari wakil Muslimat Kawasan Subang. Disokong Rabiah Zakaria dari Muslimat Kawasan Ulu Langat dan Rusaini dari Muslimat Kawasan Kuala Kangsar, penyata kira-kira diluluskan.

10.50 pagi : Majlis berhenti seketika untuk refresment. Sementara sedang berlangsung ketika ini, sidang media pimpinan utama dewan bersama para media di lobi utama Perdana Resort.

10.35 pagi : Penyampaian anugerah DMPP dan tayangan montaj penglibatan dan jasa Almarhumah Ustaz Hajjah Kalthom Osman, mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat yang ke 9.

10.30 pagi : Pelancaran kutipan dana APSA oleh Ketua DMPP, Ustazah Nuridah Mohd Salleh diiringi Ketua Pengarah akademinya, Wan Hasrina Wan Hassan.

10.25 pagi : Persembahan montaj pelancaran Akademi Pengajian saidatina Aisyah (APSA) dari Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan DMPP.

10.20 pagi : Gimik memotong pulut kuning oleh pimpinan utama dewan sempena sambutan Jubli Emas penubuhan 50 tahun dewan itu.

10.15 pagi : Hadirin ditayangkan montaj sejarah sepanjang 50 tahun penubuhan DMPP yang dibangunkan Jabatan IT Muslimat PAS Pusat.

9.30 pagi : Ucapan Tema Muktamar 'Muslimat Penggerak Kemenangan, Penyelamat Ummah' oleh Ketua DMPP, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

9.25 pagi : Ucapan Aluan Penyelaras Muktamar Tahunan DMPP kali ke-50, Puan Kartini Ahmad.

9.20 pagi : Para perwakilan dan pemerhati bersama menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Rasmi PAS.

9.15 pagi : Bacaan ayat suci al-Quran dari surah As-soff mula dibacakan adik Mohd Fakhruddin dari Sekolah Tahfiz Rantau Panjang.

9.10 : Majlis bermula dengan aluan pengerusi majlis, Puan Suria Saad.

9.00 pagi : Saf pimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat sesi 2009-2011 mengambil tempat diatas pentas utama.

8.30 pagi: Wakil dari Ahli Jawatankuasa PAS, Pusat, Anuar Tahir memasuki Dewan Muktamar lengkap berbaju melayu hijau lumut diiringi Setiausaha Kerja Muktamar, Syed Muhammad.

Diikuti dua lagi ahli jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Ghani Shamsuddin dan Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

8.00 pagi : Ketibaan tetamu dan Dif jemputan mula memasuki Dewan, Kelihatan wakil dari Dewan Penyokong PAS, Saudari Kumutha Dewi a/p Raman mengambil tempat di kerusi jemputan.

7.40 pagi : Pendaftaran pemerhati dan media mula dibuka. Sebahagiannya sedang menjamu minuman pagi di bahagian tepi dewan.

7.30 pagi : Separuh dari Dewan Duyung 2, Perdana Resort telah dipenuhi para perwakilan dan pemerhati.


Muktamar Tahunan Dewan Muslimat kali ke-50 tahunan ini berlangsung di Perdana Resort, Kota Bharu, Kelantan dengan kira-kira 250 orang perwakilan dari seluruh PAS Kawasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan